Bismillahir Rəhmanir Rəhim ⁂ ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪ ⁂
~Assalaamu'alaikum~
ﷲ ✿★ AJAL TIDAK MENUNGGU TAUBATMU ✿★
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.Wahai
Sahabatku Yang Selalu Di Rahmati Oleh Allah SWT
Alhamdulillah <> ALLAH SWT masih memanjangkan usia, meminjamkan
nyawa dan masih memberikan kesempatan kepada kita untuk memohon
keampunan dariNYA dan menegakkan Islam tercinta supaya kita boleh terus
mengejar redhaNYA.
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar
datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya : Wahai
Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda
menjawab : Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi :
Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?
“Baginda menjawab : Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka
dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang
cerdik,”
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
Sentiasa mengingati mati bukanlah mengabaikan setiap perkara di dunia
tetapi sentiasa mengingati mati ialah menghindarkan diri dari tertipu
dengan kenikmatan dunia yang serba sementara.
"Genggamlah dunia jangan biarkan dunia menggenggam diri mu. Kawallah nafsumu dan jangan biarkan nafsu mengawalmu."
Sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapi mati bermaksud
sentiasa membuat persiapan untuk ke alam kubur dan alam akhirat. Di
akhirat kelak kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan di dunia.
Bukankah kita diturunkan ke dunia untuk menjadi khalifah dan untuk
memakmurkan bumi ALLAH SWT?
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri
daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan
kepada ALLAH yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu DIA
memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta
membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah : Ayat 8.)
Dan perlu diingat, memakmurkan bumi ALLAH SWT bukanlah bermaksud hidup
di dunia dengan bersenang-lenang semata-mata tetapi bermaksud berusaha
bersungguh-sungguh mengamalkan suruhan ALLAH SWT dan RasulNYA. Matlamat
hidup manusia di dunia yang sebenar adalah mencari dan untuk mendapatkan
redha ALLAH SWT, bukan untuk mencari kesenangan dunia yang semetara.
Mencari redha ALLAH SWT dengan mengamalkan ajaran agama dan
menyebarkannya.
Sungguh berbahagia orang yang sentiasa mengingati segala dosa yang telah
dilakukan oleh dirinya sendiri demi sebuah perubahan diri menuju taubat
nasuha.
Tetapi alangkah ngerinya apabila kita selalu menunda amal perbuatan baik
dan taubat kerana merasakan usia masih muda dan merasakan akan hidup
lama di dunia ini padahal maut akan menjemput pada bila-bila masa
sahaja.
Firman ALLAH SWT : "Sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim" (Surah al-Hujurat : Ayat 11)
Orang yang bertaubat itu kekasih ALLAH, orang yang bertaubat daripada
dosa adalah seperti orang yang tidak mempunyai dosa." (HR Ibnu Majah
& Ibnu Mas'ud)
Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan
sentiasa bersedia menghadapinya. SubhANNALLAH WAL HAMDULiiLAH WA ALLAHU
AKBAR
sumber : http://seribusatukisahislami.blogspot.co.id
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Total Pageviews
Blog Archive
-
▼
2015
(56)
-
▼
September
(21)
- Jawa Mosque, Pesona Masjid Bernuansa Jawa di Thailand
- Tips Mengatasi Stress menurut Islam
- Pengertian,Hikmah,dan Syarat-syarat Qurban
- Mulia nya Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah!
- Syarat-syarat Sahnya Kurban
- Download video tanya jawab Dr.Zakir Naik ke2
- Kisah Nabi Sulaiman , Semut & Cacing Buta
- 9 Jurus Sabar Ala Rasulullah SAW
- Anak Kecil yang Takut Api Neraka
- Ajal tidak menunggu taubatmu
- PERINGATAN UNTUK SULTAN
- Nabi Muhammad Membelah bulan
- KISAH TELADAN ISLAMI SI TUKANG BATU YANG DI CIUM R...
- MEMBERI SATU DIRHAM, LALU ALLAH MEMBERINYA SERATUS...
- Mengapa Pacaran Dilarang Dalam Islam, Ini Rahasia ...
- SUMAYYAH BINTI KHAYYAT: WANITA SYAHIDAH PERTAMA DA...
- Nabi Muhammad Saw Pedagang Sukses tetapi Miskin
- Menangislah Karena Air Matamu Dapat memadamkan Api...
- Kisah Raja yang menantang Mukjizat
- Download video Dr.Zakir Naik di Union Oxford
- Biografi Ust. M Nur Maulana
-
▼
September
(21)
EmoticonEmoticon